Kalendar Aktiviti

August 2017
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Statistik

1035910
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
1248
657
4034
984586
11301
22176
1035910

IP anda: 54.146.59.207
Tarikh: 17/08/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Kronologi

'KL GTR CPI MOTOR CLUB' adalah nama yang mula-mula digunakan sejak tertubuhnya kelab ini pada bulan Mac 2006. Kelab ini diasaskan oleh saudara Saffian yang berusaha mengumpulkan pengguna motosikal skuter jenis CPI-GTR 150 (Ritz) di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan hasil dari usaha murni itu, seramai 15 orang ahli setia telah dapat disatukan yang mana hingga kini menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang boleh dibanggakan oleh kelab ini.


Pada bulan November 2006 nama kelab ini telah ditukar kepada 'Line Of Scooter Tribe' atau singkatannya L.O.S.T. Nama ini ditukar kerana ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan antaranya kekeliruan dengan penggunaan nama 'GTR' pada ketika itu. Serentak dengan itu L.O.S.T Negeri Sembilan telah ditubuhkan.

Semenjak NAZA mengambil alih model GTR ini daripada Ritz, ahli L.O.S.T semakin berkembang dan tertubuhnya beberapa cawangan seperti L.O.S.T Perak, L.O.S.T JB dan L.O.S.T Kedah. Berkat dari kesungguhan dan usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa ini telah menyumbang kepada penubuhan kelab L.O.S.T CPI - NAZA GTR CLUB MALAYSIA diseluruh negeri di Semenanjung Malaysia.


Sepanjang penubuhan kelab ini, L.O.S.T telah terlibat dalam banyak aktiviti samaada dianjurkan oleh pihak NAZA, MUSC dan mana-mana penganjuran. Perjumpaan mingguan juga sering di buat untuk mengeratkan hubungan antara ahli.

Pada pertengahan tahun 2008, L.O.S.T telah membuat beberapa pengubahsuaian mengikut keadaan semasa. Antaranya mengupgrade logo dan memperkenalkan moto baru iaitu ‘Genuine’ yang membawa maksud ‘tulen ataupun asli'.

L.O.S.T dianggotai dari pelbagai peringkat umur dan bangsa sesuai dengan objektif kelab yang mana untuk menyatukan dan membela nasib pengguna-pengguna GTR. Metadologi kelab yang mengutamakan KUALITI BUKAN KUANTITI telah menjadi teras dalam membina ahli yang berdisiplin dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam mencapai usaha dan tujuan membangunkan kelab L.O.S.T.

We’re Genuine..

 

 

 




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.