Kalendar Aktiviti

December 2017
S M T W T F S
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Statistik

1635913
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
189
3940
10081
1538077
68420
196177
1635913

IP anda: 54.92.194.75
Tarikh: 12/12/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Konvoi Mandi Manda Sungai Kedondong

Pada 15 April 2012 bersamaan hari ahad yang lepas, Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T) telah mengadakan Konvoi Mandi Manda Sungai Kedondong. Sungai Kedondong adalah antara kawasan rekreasi di Malaysia yang terletak 53.7KM perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur iaitu di lokasi 3.43034,101.731. Perjalanan yang dianggarkan mengambil masa 54minit ini adalah melalui Lebuhraya Karak, mendaki jalan ke Genting Highlands sehingga ke Gotong Jaya serta meneruni jalan ke Batang Kali. Perjalanan sedikit mencabar kepada peserta setelah melepasi Gotong Jaya kerana terdapat selekoh-selekoh pendek yang amat menguji penunggangan peserta.

 

Konvoi kali ini disertai seramai 10 orang peserta, 5 buah jentera GTR, 2 buah jentera Yamaha 125 serta sebuah Honda City. Konvoi mula berkumpul di Restoran Zubaidah, Danau Kota untuk bersarapan pagi seawal jam 9 pagi. Setelah selesai bersarapan pagi, jam 11 pagi konvoi mula bergerak ke lokasi mandi manda. Tiba di Genting Sempah, hujan renyai mula membasahi jalan. Namun konvoi terus bergerak dan tiba dipersimpangan Gotong Jaya hujan mula berhenti. Jam 12 tengahari konvoi selamat tiba di lokasi tersebut. Derusan air sungai telah membuat peserta terlalu teruja untuk merehatkan minda pada hujung minggu dengan melupakan seketika hal-hal berkaitan dengan kerjaya. Peserta juga tidak melepaskan peluang membuat aksi-aksi lompatan yang xtream ke dalam sungai.

 

Jam 3 petang, peserta mula berkemas untuk konvoi bergerak pulang. Setelah berbincang, para peserta bersetuju untuk bergerak pulang melalui jalan yang sama seperti jalan yang dilalui ketika bergerak ke lokasi tersebut iaitu melalui Gotong Jaya dan Lebuhraya Karak. Sebelum meninggalkan lokasi mandi manda, peserta tidak melepaskan peluang mengambil gambar-gambar kenangan untuk dibawa pulang. Konvoi bergerak terus ke Restoran Zubaidah, Danau Kota semula untuk berkumpul sebelum bersurai. Jam 5 petang, konvoi bersurai.

 

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kelab yang sudi meluangkan masa bagi menyertai konvoi ini.

 

Disediakan oleh,

Izam Storm - 16 April 2012, 1208 @ MIMOS.




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.