Kalendar Aktiviti

August 2017
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Statistik

1035760
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
1098
657
3884
984586
11151
22176
1035760

IP anda: 54.146.59.207
Tarikh: 17/08/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Line Of Scooter Tribe@Bukit Fraser

Pada 19 Jun 2011 yang lepas, 7 orang ahli dari kelab Line Of Scooter Tribe telah berjaya menawan Bukit Fraser. Tujuan ride ini diadakan antara lain adalah untuk merehatkan minda setelah penat bekerja dan untuk mengeratkan lagi kesinambungan silaturrahim sesama ahli. Walaupun dalam kumpulan yang kecil, ianya tidak mematahkan semangat 7 orang anak muda ini untuk meneruskan ride sehingga ke puncak Bukit Fraser kerana pada mereka kuantiti bukan persoalan tetapi kejayaan mencapai tujuan utama ride yang menjadi ukuran.

 

Dengan menggunakan jentera masing-masing, kami berkumpul di Dataran Shah Alam pada jam 9.00 pagi. Setelah bersarapan di Syed Bistro, Plaza Alam Sentral, perjalanan bermula pada jam 10.45 pagi menuju ke Rawang melalui NKVE. Jam 11.25 pagi, perjalanan tiba di Rawang dan kami berhenti seketika bagi menunggu seorang rakan ahli yang menetap di sana. Lengkap 6 biji GTR dan 1 biji CB400, perjalanan diteruskan.

 

Dengan mengekalkan kelajuan sehingga 100 KM/J, kami tiba di Kuala Kubu Baru pada jam 12:15 tengahari. Tangki minyak dipenuhkan kerana dikuatiri minyak tidak mencukupi untuk perjalanan hingga ke puncak. Perjalanan diteruskan dan bermulalah cabaran mendaki Bukit Fraser yang sebenar. Selekoh-selekoh di sana amat mencabar, namun ianya dilalui dengan tenang dan kemahiran yang dimiliki oleh semua penunggang digunakan sebaik mungkin agar semuanya selamat.

 

Satu jam kemudian, kami tiba di puncak Bukit Fraser dengan semuanya selamat. Kegembiraan terselah diwajah semua penunggang. Kami bergambar di menara jam yang pastinya tidak ketinggalan oleh sesiapa sahaja untuk mengambil gambar di situ apabila tiba di Bukit Fraser. Seterusnya, kami bergerak ke atas sedikit bagi menikmati makanan tengahari di Restoran Puncak yang terdapat di medan selera Bukit Fraser. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis lauk dengan harga yang berpatutan. Jika sesiapa datang ke restoran tersebut pasti merasa seperti berada dirumah kerana dengan masakan ibu yang ditawarkan sehingga orang yang datang akan memanggil pemilik kedai tersebut 'mak'.

 

Setelah makanan dinikmati, perjalanan diteruskan ke Air Terjun Jeriau. Di sana terdapat air terjun yang menarik dan sesuai untuk rider macam kami beristirahat, menenangkan fikiran dan bermandi manda. Selesai bermain air, kami terus bergerak semula ke kedai 'mak' iaitu Restoran Puncak untuk menikmati minum petang beserta goreng pisang dan keropok lekor. 

 

Pada jam 4.45 petang, kami mula bergerak turun dari Bukit Fraser. Namun ianya tidak berakhir di situ, dan dalam perjalanan turun kami sempat singgah dan bergambar di salah satu lokasi pergambaran filem I'm not single iaitu Empangan Peretak. Permandangan di sana sungguh menarik, tertarik dan memang deboom. Perjalanan diteruskan sehingga di tol Rawang kami berpecah pulang ke kediaman masing-masing. Walaupun penat melayan selekoh, ianya tetap seronok dan kami akan membuat program seperti ini semula pada masa akan datang.

 

Terima kasih.

-disediakan oleh Izam Storm-




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.