Kalendar Aktiviti

August 2017
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Statistik

1035751
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
1089
657
3875
984586
11142
22176
1035751

IP anda: 54.146.59.207
Tarikh: 17/08/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Ride Jelajah Selangor 2011

Deruman 20 buah jentera NAZA Cpi GTR telah memecah keheningan pagi di Bandaraya Shah Alam,apabila ahli-ahli kelab K.G.B (Knots of GTR Bikers) dan L.O.S.T (Line Of Scooter Tribe) telah berkumpul di dataran Shah Alam pada tanggal 9 Julai 2011 yang lalu. Dua Kelab GTR ini iaitu K.G.B dan L.O.S.T berkumpul bagi melaksanakan satu konvoi bersama iaitu “Ride Jelajah Selangor,RJS“untuk buat sekian kalinya. Konvoi yang mengambil masa selama 2 hari 1 malam ini telah menawan 9 daerah di negeri Selangor melalui jalan-jalan desa dengan jarak perjalanan keseluruhannya kira-kira 498km.

 

Objektif aktiviti ini tidak lain hanyalah untuk mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin di antara dua kelab ini disamping dapat berkongsi minat terhadap aktiviti lasak bermotosikal ini serta mendekati kehidupan desa di Negeri Selangor yang begitu sinonim dengan kehidupan dikotanya.Peserta konvoi telah mula berkumpul seawal jam 7.30 dan dengan sedikit taklimat dan bacaan doa,tepat pukul 9.30 pagi,konvoi telah memulakan perjalanan menuju ke checkpoint pertama iaitu daerah Kuala Selangor. Checkpoint yang dipilih untuk Ride ini merupakan pejabat Majlis Daerah di setiap daerah. Setelah selesai sesi fotografi dihadapan Majlis Daerah Kuala Selangor, perjalanan diteruskan menuju ke daerah Sabak Bernam.

 

Dalam keseronokan menunggang jentera masing-masing, rasa “cuak” dan berdebar-debar tidak dapat dielakkan oleh kesemua peserta setiap kali melihat sekatan jalan raya oleh pihak polis di jalan bertentangan memandangkan 9 Julai juga merupakan tarikh “panas” bagi negara kerana perhimpunan Bersih turut diadakan. Namun begitu, sehingga konvoi tamat, tiada langsung sekatan jalan raya ditempuhi oleh para peserta. Mungkin nasib menyebelahi namun di saat konvoi hampir tiba di Sungai Besar, jentera salah seorang peserta mengalami masalah teknikal. Mujur kampung salah seorang ahli L.O.S.T berdekatan dan jentera ditumpangkan di rumahnya.

 

Pada tengaharinya, konvoi telah tiba di Sungai Besar dan berhenti berehat dan menjamu selera di Gerai Dataran Tonggak Sepuluh. Cuaca yang hangat membahang menyebab peserta mula terasa letih. Dengan lauk-pauk desa yang menyelerakan disamping minuman dingin yang menyegarkan, para peserta konvoi kembali bersemangat untuk meneruskan perjalanan menuju ke checkpoint ke-3 iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor. Selesai mengisi petrol, Konvoi diteruskan dan telah melalui sawah bendang yang saujana mata memandang yang terdapat di Sungai Besar ini. Terasa segar kembali disaat melalui dataran sawah padi yang menghijau. Perjalanan dari checkpoint ke-3 iaitu Sabak Bernam diteruskan menuju Hulu Selangor melalui jalan ke Felda Soeharto.Disini, perjalanan agak mencabar bagaikan menunggang kuda memandangkan kondisi jalan yang tidak rata. Kali ini 2 buah jentera mengalami masalah ekzos yang patah akibat diseksa oleh jalan yang tidak rata. Konvoi meneruskan perjalanan ke pekan Tanjung Malim untuk memberi ruang kepada sahabat membaiki kerosakkan yang dialami,walaupun terlajak sedikit ke negeri Perak. Para peserta konvoi mengambil kesempatan untuk berehat membasahkan tekak dan mencuba Gado-Gado di pekan Tanjung Malim ini dan ia sememangnya menyelerakan.

 

Selepas asar, perjalanan ke Hulu Selangor diteruskan dengan melalui jalan ke Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali. Perjalanan pada petang itu sangat menyegarkan dan nyaman kerana tiada lagi pancaran hangat matahari yang membahang disamping banyak rimbunan pohon menghijau di sepanjang jalan. Setelah selesai sesi fotografi Selepas asar, perjalanan ke Hulu Selangor diteruskan dengan melalui jalan ke Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali. Perjalanan pada petang itu sangat menyegarkan dan nyaman kerana tiada lagi pancaran hangat matahari yang membahang disamping banyak rimbunan pohon menghijau di sepanjang jalan. Setelah selesai sesi fotografi Ampang dan mengisi petrol. Selepas Maghrib, perjalanan diteruskan melalui jalan Bukit Ampang,Batu 9 Cheras dan terus ke Checkpoint ke-5 iaitu daerah Kajang. 

 

Setibanya di Bandar Kajang,para peserta mengisi perut yang lapar dengan hidangan Satay yang sinonim dengan Bandar Kajang ini. Selesai mengisi perut, misi diteruskan menuju ke checkpoint ke-6 iaitu daerah Sepang dengan melalui Bangi, Dengkil, Jenderam Hilir terus ke Pekan Sepang untuk mengisi petrol dan berehat. Perjalanan konvoi agak perlahan memandangkan keadaan jalan yang gelap dan bengkang-bengkok. Memandangkan peserta konvoi mula keletihan, perjalanan diteruskan menuju ke Pantai Bagan Lalang untuk konvoi berhenti bermalam. Pada kira-kira pukul 12 tengah malam,konvoi telah tiba di Bagan Lalang dengan disambut oleh hembusan bayu Laut Selat Melaka yang menyegarkan. Khemah dipasang dan peserta mengambil peluang untuk mandi menyegarkan tubuh setelah seharian menunggang jentera masing-masing. Yang tinggal hanya dengkuran setiap peserta yang kepenatan memecah kesunyian pada malam itu.

 

Pada pagi keesokan harinya,peserta bersiap dan berkemas untuk menamatkan penjelajahan yang hanya tinggal 3 daerah sahaja lagi.Selesai sesi bergambar, misi kembali diteruskan dalam keadaan basah kerana hujan gerimis pada pagi itu. Setibanya di Batu Laut,konvoi berhenti sebentar untuk bersarapan dan menghangatkan badan dengan hidangan roti canai dan nasi lemak yang sangat enak. Benar kata seorang sahabat,di gerai kecil terletak di kampung,hidangannya ada keistimewaannya tersendiri.Selesai bersarapan,perjalanan diteruskan ke Banting di mana terletaknya Majlis Daerah Kuala Langat. Kira-kira pukul 10.30 pagi, konvoi tiba di Banting dan seperti setiap checkpoint,sesi bergambar tidak akan dilepaskan.Selesai bergambar, konvoi terus bersemangat meneruskan misi ke checkpoint terakhir iaitu Klang Bandar Diraja.

 

Perjalanan ke Klang kembali terganggu dengan hujan lebat dan konvoi berhenti berteduh di Jenjarom. Setelah reda, perjalanan diteruskan dan tiba di Bangunan Majlis Perbandaran Klang kira-kira pukul 12.30 tengahari. Kemudian peserta konvoi menuju ke Shah Alam dan menamatkan penjelajahan ini di Restoran Hakim di Seksyen 7 dengan selamatnya . Di restoran mamak tersebut para peserta saling mengimbas kembali saat sukaduka yang dilalui disulami dengan semangat setiakawan dan disiplin yang tinggi. Tepat pukul 2.00 petang, 10 Julai 2011,para rider tegar GTRians K.G.B dan L.O.S.T berpecah menuju ke teratak masingmasing dengan membawa pulang seribu satu pengalaman yang bermakna.Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan Ride Jelajah Selangor ini. Tidak lupa juga kepada cik Elfie Norzah yang setia memandu kereta membawa peralatan khemah dan bagasi kami, saudara Naziff dan Saiful yang sudi memotret penjelajahan untuk artikel ini, Marshall-Marshall K.G.B dan L.O.S.T yang bertungkus-lumus melancarkan perjalanan ride ini. Akhir kalam, kepada para Founders K.G.B dan Presiden L.O.S.T serta Rider-rider tegar K.G.B dan L.O.S.T.....TAHNIAH diucapkan!! 

 

Berikut adalah senarai nama rider yang telah menyertai RJS:

**Ajieb**Penyu**Iejarm**Nizam**Black**Kuzen**Bob**Nik**Msaiful Miyoshi**

**Daus**Teeya**Azlan**Nisa**Syazwan**Amoi**FarahmanCapone**Zahim**Zul Hakim

**Lai**Razif**Nuex**

-disediakan oleh Msaiful Miyoshi-

 




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.