Kalendar Aktiviti

December 2017
S M T W T F S
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Statistik

1635921
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
197
3940
10089
1538077
68428
196177
1635921

IP anda: 54.92.194.75
Tarikh: 12/12/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Majlis Berbuka Puasa 2011

Pada 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan 1432H yang lepas, Line Of Scooter Tribe telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai, Negeri Sembilan. Lokasi tersebut telah dicadangkan oleh salah seorang otai L.O.S.T iaitu Bpac dan ianya telah dipersetujui ramai kerana walaupun masing-masing berpuasa tetapi nafsu untuk berkonvoi beramai-ramai tetap terasa.

 

Jam 4petang, hujan membasahi bandaraya Kuala Lumpur, namun semangat untuk berbuka puasa bersama-sama telah mendorong ahli-ahli L.O.S.T yang ingin menyertai program tersebut untuk berkumpul di Shell, Tol Sungai Besi. Jam 5petang, hujan masih belum berhenti, penganjur telah menunda waktu pergerakan ke jam 530petang bagi menunggu ahli-ahli yang lain bersama harapan agar hujan makin reda.

 

Jam 530petang beberapa orang ahli L.O.S.T antaranya Ly, Apai, Kuzen, Fahmy Jamal, Amin Taqim dan rakan, Ben@Putera, Azfar, Aiman dan Cinta, Acap, Rafi, Syam, Unsung Rie, Ajim, Panjang, Izam Storm, Daus Vtec dan rakan serta Izul dan Isteri telah berkumpul di Shell, Tol Sungai Besi dan siap untuk meneruskan perjalanan ke lokasi berbuka puasa. Program kali ini amat bertuah atas kehadiran pengasas L.O.S.T yang sebelum ini dikenali sebagai KL GTR CPI MOTOR CLUB iaitu saudara Safian atau dikenali sebagai Pyan Yong bersama keluarga tersayang.

 

Pergerakan ke Tol Nilai dimulakan sejurus hujan reda dan perasaan gembira nyata dipamerkan setiap ahli yang menyertai konvoi kali ini kerana masing-masing membawamaintain jew 100KM/J bagi merasakan bahang yang digiankan selama ini iaitu berkonvoi. Sudah lama L.O.S.T bercuti menganjurkan konvoi dan program kali ini sedikit sebanyak telah mengubati kerinduan dan menyuntik semangat konvoi yang bukan hanya bicara motor, enjin atau kelajuan tetapi yang penting adalah bicara hubungan persahabatan sesama ahli di dalam konvoi tersebut.

 

Jam 6petang, perjalanan konvoi dihentikan seketika bagi menunggu kehadiran rakan ahli L.O.S.T yang berada disekitar Negeri Sembilan. Apis Nilai, Wan PD, Manbai, Along Bangi, Adi, Hanif, K'rol serta Apis CPI adalah ahli L.O.S.T Negeri Sembilan yang menyertai program kali ini dan setibanya mereka di Tol Nilai, perjalanan konvoi diteruskan.

 

Jam 630petang, konvoi berbuka puasa L.O.S.T tiba di Aunty Aini's Garden Cafe. Di sana Bpac dan rakan serta Zack sekeluarga telah menunggu kehadiran kami. Penganjur amat terkejut dan tidak menyangka kehadiran ahli-ahli L.O.S.T adalah diluar jangkaan. Meja-meja yang ditempah adalah tidak mencukupi namun sikap bertolak ansur sesama ahli L.O.S.T telah membuatkan program tersebut berjaya. 2 trip dengan menggunakan meja-meja yang ditempah telah dilaksanakan bagi memastikan semua ahli yang hadir menikmati kelazatan masakan di Aunty Aini's Garden Cafe.

 

Selesai berbuka, program tidak berakhir disitu, malah diteruskan dengan pergerakan konvoi ke Dataran Nilai untuk berkumpul, beramah mesra sambil bergambar bagi memastikan memori tidak dilupakan. Secara keseluruhan 17 buah GTR, 1 buah Yamaha125, 1 buah Gilera, 1 buah CB400 dan tidak termasuk yang menaiki kereta berjaya dikumpulkan dan program ini dianggap telah berjalan dengan jayanya. Jam 1030malam, program tiba diperhujungnya, rider bergerak pulang ke kediaman masing-masing. Kepada semua yang terlibat terima kasih diucapkan dan didoakan agar kita dipertemukan lagi untuk Ramadhan tahun hadapan, Insyaallah.

 

Sekian, terima kasih.

-disediakan oleh Izam Storm-




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.