Kalendar Aktiviti

August 2017
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Statistik

1035727
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
1065
657
3851
984586
11118
22176
1035727

IP anda: 54.146.59.207
Tarikh: 17/08/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Majlis BBQ Raya 2011

Pada 16 September 2011 bersamaan 18 Syawal 1432H, sejarah terukir lagi di dalam kalendar aktiviti L.O.S.T apabila L.O.S.T telah menganjurkan Majlis BBQ Raya 2011. Majlis tersebut adalah hasil cetusan idea salah seorang ahli L.O.S.T iaitu saudara Epol. Majlis telah diadakan di Oasis Shisha, Setapak (berhampiran Danau Kota) iaitu lokasi baru perjumpaan mingguan ahli-ahli L.O.S.T.

 

Majlis turut dihadiri ahli-ahli dari Knots of GTR Bikers. Antara ahli-ahli yang telah turut serta adalah Epol, Lycosz, Apai, Daus Vtec, Syam, Izam Storm, Panjang, Wak Jareen, Peter, Shahrul, Ajim Jackson, Fahmy Jamal, Dom, Miey dan kakak, Teja, Amin, Katul dan Dya, Aiman dan Cinta, Khairu, Syazwan, Ali, TJ, Black, Ajib, Boy dan kawan, Ijarm, Zahim dan kawan, Firdaus, Zul, Nabil, Linda, Ayie dan kawan, Apis Nilai, Manbai dan Maria, Kids9, Saffian, isteri dan anak-anak, Masruri, Bpac, Wafi, Bob, Shena berdua, Jojo serta Erdie dan rakan-rakan.

Antara menu yang telah disediakan hasil daripada kerjasama ahli-ahli L.O.S.T adalah Ayam Panggang BBQ, Sosej Panggang, Nasi Goreng Cina, Kentang Bakar, Buah-buahan, Puyuh Goreng serta Air Blackcurrant.

 

Hujan membasahi lokasi majlis sepanjang majlis tersebut berjalan iaitu mulai jam 9malam, namun tidak menghalang kehadiran peserta ke majlis tersebut. Majlis telah dimeriahkan lagi apabila pihak kedai mengambil inisiatif bagi menyediakan set karaoke. Ramai peserta majlis telah menunjukkan bakat terpendam mereka tanpa segan pilu. Memang tidak dinafikan mereka semua mempunyai bakat menyanyi walaupun dalam keadaan ayam panggang kembang di dalam perut. Kehadiran otai-otai L.O.S.T serta ahli kelab K.G.B telah membuktikan hubungan sesama GTRianz teguh erat dan majlis tersebut telah membuka ruang bagi mereka saling bertukar-tukar pendapat dan nombor telefon.

 

Dikesempatan ini, pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian peserta meluangkan masa menghadiri Majlis BBQ Raya L.O.S.T kali ini, juga pada ahli-ahli L.O.S.T yang sudi meluangkan masa berkongsi kederat bagi memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya. Penganjur juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis tersebut berlansung. Kepada rakan-rakan yang telah memberi nama namun tidak dapat hadir disaat akhir atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, kita jumpa lagi dalam program selepas ini. Kepada yang lama menyepi bersendiri, L.O.S.T sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semula bersama jentera mahupun bukan jentera GTR anda. Apa yang penting adalah keukuhan silaturrahim yang telah dieratkan selama 6 tahun pertubuhan L.O.S.T terus digandakan. Kami tetap menunggu anda.

 

Sekian.

-disediakan oleh Izam Storm-




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.