Kalendar Aktiviti

December 2017
S M T W T F S
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Statistik

1635926
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
202
3940
10094
1538077
68433
196177
1635926

IP anda: 54.92.194.75
Tarikh: 12/12/2017
Visitors Counter

Log Masuk

L.O.S.T Community CARE Ride 2011

Pada 24, 25 dan 26 Disember 2011, sejarah terukir lagi di dalam kalendar aktiviti kelab bermotor Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T) apabila berjaya menganjurkan satu program yang diberi nama L.O.S.T Community CARE Ride 2011 (LCCR 2011). Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini adalah dirancang dengan penekanan kepada aktiviti komuniti L.O.S.T, pemanduan berhemah disamping menguji kecergasan mental serta fizikal melalui aktiviti konvoi. Manakala jadual perjalanan LCCR 2011 pada kali ini pula adalah meliputi KL - KEDAH - PENANG - KL.

 

Memegang motto CARE iaitu Courtesy, Attentive, Respect dan Enthusiasm, objektif utama LCCR 2011 diadakan adalah bagi memenuhi citarasa komuniti dengan pengisian aktiviti penjelajahan bermotor secara berkonvoi, menarik seberapa ramai komuniti L.O.S.T untuk menyertai program ini supaya hubungan sesama komuniti terus dieratkan, memberi ruang kepada komuniti bertukar pendapat berkaitan jentera dan kerjaya serta melahirkan latihan dan kemahiran menunggang motor GTR dengan berhemah dan berdisiplin semasa berasa dijalanraya. 

 

Pada awalnya hampir menepati sasaran penyertaan apabila hampir 15 orang penunggang telah memberi nama untuk menyertai LCCR 2011. Namun pada tarikh 24 Disember 2011 terdapat beberapa peserta terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, 9 orang peserta ini tetap teguh pendirian untuk meneruskan program ini dengan alasan kuantiti tidak penting tetapi kualiti program itu yang menjadi ukuran.

 

24 Disember 2011, peserta mula berkumpul di Dataran Petaling Jaya jam 10 pagi. Setelah selesai sarapan, taklimat pergerakan serta marshall, jam 11 pagi konvoi mula bergerak ke Yan, Kedah melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Keadaan cuaca yang agak mendung dan kesesakan kenderaan kerana musim cuti sekolah serta cuti perayaan Krismas mengganggu sedikit kelancaran perjalanan, namun inilah antara ujian yang perlu diharungi oleh setiap peserta pada kali ini. Konvoi berhenti singgah di R&R Tapah bagi menikmati keenakkan durian perak yang diwar-warkan lain daripada yang lain. Perjalanan konvoi terganggu lagi apabila terdapat masalah teknikal pada jentera peserta. Pada masa inilah kemahiran serta ilmu teknikal yang dipelajari dikongsi dan dipraktikan sesama peserta. Konvoi tiba di Yan, Kedah jam 12 malam dan dibawa terus ke rumah penginapan Zamani's Place berhampiran Pantai Murni. Rumah penginapan ini pada asalnya adalah rumah banglo yang telah diubahsuai menjadi sebuah resort mempunyai hampir 12 bilik yang amat selesa dilengkapi dengan kemudahan resort 5 bintang. Ketibaan pada hari pertama ini agak lewat namun tetap bersyukur kerana semuanya selamat.

 

25 Disember 2011, jam 10 pagi setelah bersarapan, peserta bertolak ke Taman Rekreasi Batu Hampar iaitu sungai yang berhampiran dengan Rumah Istirehat kepunyaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Derusan air terjun serta angin yang sayu membuatkan peserta lebih tenang bagi merehatkan minda seketika daripada kesibukkan kota. Tidak cukup mandi di Batu Hampar, peserta terjun pula di kolam renang yang terdapat di rumah penginapan. Pada sebelah malam, program diteruskan dengan aktiviti BBQ sambil bertukar pendapat berkaitan jentera GTR.

 

26 Disember 2011, jam 11 pagi selesai aktiviti bergambar di rumah penginapan konvoi bergerak ke Pulau Pinang melalui jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ke-3 terpanjang di dunia. Konvoi terus bergerak ke Batu Ferringhi untuk makan tengahari. Selesai makan, konvoi bergerak ke Hard Rock Hotel bagi sesi bergambar. Aktiviti diteruskan lagi dengan perjumpaan bersama Kelab GTR Penang di Gurney Drive. Selesai sesi suai kenal, konvoi dibawa pula ke Padang Kota Lama bagi melihat sendiri aktiviti malam masyarakat Penang. Jam 8 malam konvoi bergerak pulang ke KL, namun pada kali ini konvoi telah menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Butterworth. Jam 12 malam, konvoi tiba di R&R Jejantas Sungai Buloh iaitu pit stop terakhir LCCR 2011. Walaupun letih, keseronokkan terpancar di wajah setiap peserta yang telah mengharungi pahit manis konvoi kali ini.

 

Secara keseluruhannya, LCCR 2011 telah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan terlaksananya program ini peserta dapat meningkatkan sahsiah diri, kefahaman dan kemahiran tentang pemanduan semasa berada dijalanraya, menjadikan program ini sebagai benteng kepada komuniti L.O.S.T untuk tidak memandu dengan boleh membahaya atau meragut nyawa sendiri serta mengancam pengguna jalanraya yang lain serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama komuniti L.O.S.T disamping bertukar buah fikiran berkaitan jentera dan kerjaya.

 

Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada NAZA Bikes Sdn Bhd yang telah memberi sumbangan bagi menyokong LCCR 2011 dan juga kepada Kelab GTR Penang atas layanan yang diberikan sepanjang L.O.S.T berada di Penang. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi bagi masa-masa yang akan datang.

 

Disediakan oleh,

Izam Storm - 27 Disember 2011, 2327 @ Shisha Oasis, Danau Kota.




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.