Kalendar Aktiviti

October 2017
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Statistik

1322327
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
2490
5747
16789
1229025
83640
136682
1322327

IP anda: 54.158.212.93
Tarikh: 18/10/2017
Visitors Counter

Log Masuk

L.O.S.T 6th Anniversary

Tahun 2012 merupakan tahun ke-6 penubuhan kelab Line Of Scooter Tribe sejak ditubuhkan pada Mac 2006 dengan nama yang mula-mula digunakan adalah 'KL GTR CPI MOTOR CLUB'. Pada bulan November 2006 nama kelab ini telah ditukar kepada 'Line Of Scooter Tribe' atau singkatannya L.O.S.T.

 

Pada 4 hingga 5 Februari 2012 yang lepas, satu program telah dianjurkan bagi menyambut Ulangtahun Ke-6 penubuhan kelab ini. Program ini telah diadakan di sebuah kota pantai di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson. Program yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam ini adalah bagi mengumpul ahli L.O.S.T yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur juga Negeri Sembilan iaitu antara negeri-negeri yang mempunyai kebanyakan ahli L.O.S.T dan bertukar fikiran berkaitan liku-liku perjalanan L.O.S.T dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini serta menyambut Ulangtahun Ke-6 L.O.S.T.

 

Tahun 2012 merupakan tahun naga air yang membawa banyak kebaikan dan rezeki dari sudut pandangan masyarakat Cina. Tahun naga dianggap sebagai tahun yang paling bertuah di dalam kalendar masyarakat Cina. Naga merupakan mahkluk mistik yang membawa simbol kepada karisma, semangat dan juga kuasa. Seangkatan logo kelab L.O.S.T iaitu naga, adalah menjadi harapan di setiap ahli-ahli L.O.S.T generasi ke-6 ini untuk menjadikan tahun 2012 lebih baik buat L.O.S.T. L.O.S.T telah mengharungi perjalanannya seperti air laut dimana adanya pasang surut. Meletakkan pendirian terus pandang kehadapan, perkara-perkara yang surut 5 tahun kebelakang ini diketepikan dan terus melangkah agar L.O.S.T lebih mantop.

 

Secara keseluruhan, hampir 30 orang ahli telah dapat dihimpunkan dalam program ini. Walaupun antaranya ahli lama yang telah tidak lagi menggunakan jentera GTR, kehadiran mereka membuktikan kesetiaan serta kerinduan mereka kepada kelab ini.

 

4 Februari 2012, peserta mula berkumpul di Stesyen Shell Tol Sungai Besi jam 3 petang. Cuaca yang cerah dan baik pada hari itu seperti menyokong program yang dianjurkan. Setelah selesai taklimat pergerakan serta marshall, jam 4 petang konvoi mula bergerak ke Port Dickson melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Kesesakan kenderaan kerana musim cuti Maulidur Rasul serta Thaipusam mengganggu sedikit kelancaran perjalanan, namun berjaya diharungi oleh konvoi dengan baik. 

 

Konvoi berhenti seketika di Stesyen Shell Tol Port Dickson bagi mengambil ahli L.O.S.T Negeri Sembilan yang tunggu di situ. Jam 6 petang konvoi tiba di Port Dickson dan dibawa terus ke rumah salah seorang ahli L.O.S.T di Pantai Tanjung Gemuk. Rumah ini adalah rumah kosong milik keluarga ahli tersebut. Sejurus tiba di rumah tersebut, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 ke tepi pantai belakang Glory Beach Resort untuk pemasangan khemah dan pembakaran arang serta unggun api. Manakala kumpulan 2 menyiapkan bahan-bahan untuk acara BBQ pada sebelah malam.

 

Jam 9 malam, program BBQ sambutan Ulangtahun Ke-6 L.O.S.T dimulakan sambil ahli-ahli bertukar cerita berkaitan pengalaman sepanjang mereka menyertai L.O.S.T. Malam itu, dimeriahkan lagi dengan acara sampingan iaitu acara potong kek Ulangtahun Ke-6 L.O.S.T. Kesayuan angin serta desiran ombak, membuatkan peserta lebih tenang bagi merehatkan minda daripada kesibukkan kota. Program pada malam itu tidak terhenti apabila kehadiran kelab seangkatan L.O.S.T iaitu SETAPAK ROMPONGZ (http://setapakrompongz.blogspot.com/) yang hadir memeriahkan acara. Pada malam tersebut, sebilangan peserta tidur di dalam khemah yang didirikan di tepi pantai manakala selebihnya di rumah.

 

5 Februari 2012, jam 9 pagi sejurus peserta bangun, mereka terus berlari ke laut untuk mandi. Walaupun air agak surut, peserta terus bergerak jauh kedepan mencari air yang lebih dalam. Selesai mandi, peserta dihidangkan dengan sarapan pagi yang pelbagai seperti nasi lemak, bihun goreng, sandwich juga lempeng. Acara diteruskan dengan aktiviti sukaneka. 2 aktiviti sukaneka disediakan untuk 4 kumpulan yang telah dibahagikan. Walaupun hanya 2 aktiviti diadakan, namun ianya amat menyeronokkan kerana gelagat peserta-peserta yang spontan dan sporting.

 

Jam 2 petang, setelah selesai bersiap peserta berkonvoi ke PD Waterfront untuk bergambar kenangan terindah program tersebut. Konvoi seterusnya singgah di Ice Room, di Bandar PD untuk menikmati makan tengahari dan keenakan ais krim di situ. Selesai makan tengahari, konvoi terus bergerak ke Senawang untuk menziarahi salah seorang ahli L.O.S.T yang sakit akibat kemalangan yang dialaminya 2 bulan lepas. Kami mendoakan beliau akan cepat sembuh agar boleh menyertai semula program-program L.O.S.T selepas ini. Program pada hari tersebut bersurai setelah selesai acara ziarah tersebut.

 

Secara keseluruhannya, sambutan Ulangtahun Ke-6 ini telah berjaya dianjurkan dengan jayanya. Adalah diharapkan, tahun ke-6 ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya buat L.O.S.T. Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli yang telah memberi komitmen juga SETAPAK ROMPONGZ yang sudi hadir memeriahkan program.

 

Disediakan oleh,

Izam Storm - 6 Februari 2012, 2332 @ Shisha Oasis, Danau Kota.




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.