Kalendar Aktiviti

June 2017
S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

Statistik

1001946
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
215
313
1480
953538
21503
17453
1001946

IP anda: 54.145.69.236
Tarikh: 29/06/2017
Visitors Counter

Log Masuk

We'r United (L.O.S.T+G.Y.S.C+K.G.B)

Pada 19 Februari 2012 bersamaan hari Ahad, Autoshow Titiwangsa 2012 telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Program ini telah dianjurkan oleh Youth Of Unity (YOUnity) dengan kerjasama sepenuhnya dari SRF Motorsports. Program autoshow ini juga adalah antara program-program yang terdapat di Fiesta Belia Titiwangsa 2012.

 

Pelbagai kategori telah diadakan antaranya kategori bagi Kelas Bike Autoshow antaranya Skuter (Airbrush dan Sticker), Vespa (Asal dan Modified) dan Scrambler (Sporty). Manakala kategori bagi Kelas Car Autoshow pula adalah Perodua (Standard Modified), Proton (Standard Mofied), Open (Extreme Modified) dan K-Kompak (Open Modified).

 

Program yang diadakan mulai jam 9 pagi hingga 5 petang itu telah menarik ramai masyarakat sekitar ibu kota untuk hadir bagi memeriahkan program tersebut.Kebanyakan mereka begitu berminat dengan jentera-jentera yang dipamerkan dikelilingi hiasan serta kreativiti design yang menarik.

 

3(tiga) kelab skuter GTR turut tidak melepaskan peluang bagi hadir ke Autoshow Titiwangsa 2012 serta menyertai autoshow pada kali ini. Antaranya ialah Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T) 3 jentera, GTR Youth Scooterist Crew (G.Y.S.C, http://www.gysc.webs.com/) 2 jentera dan Knot Of GTR Bikers (K.G.B, http://knotsofgtrbikers.motionforum.net/) 1 jentera. Keenam-enam jentera tersebut memasuki kategori Skuter (Sticker).

 

Adalah bukan kepentingan kepada 3(tiga) kelab skuter GTR ini menghantar berapa banyak penyertaan mahupun kemenangan tetapi apa yang lebih penting adalah L.O.S.T, G.Y.S.C dan K.G.B bersatu dalam program tersebut membawa satu nama skuter iaitu GTR. Adalah diharapkan program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi bagi menyatukan lebih banyak lagi kelab-kelab skuter GTR yang ada di luar sana.

 

Disediakan oleh,

Izam Storm - 21 Februari 2012, 1145 @ MIMOS.

 

 

 

 




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.