Kalendar Aktiviti

October 2017
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Statistik

1322265
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
2428
5747
16727
1229025
83578
136682
1322265

IP anda: 54.158.212.93
Tarikh: 18/10/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Perhimpunan Skuter Kebangsaan 12

Pada 27 April 2012 - 29 April 2012 yang lepas, Perhimpunan Skuter Kebangsaan edisi ke-12 telah diadakan di Mines MIECC, Seri Kembangan. Program yang dianjurkan oleh MUSC Motorsports ini adalah dengan kerjasama Persatuan Vespa Wilayah Persekutuan (PVWP)International Professional Trade Organizer (IMK) danTS Racing Team. Pelbagai pertandingan telah diadakan bagi memeriahkan lagi perhimpunan pada kali ini antaranya Drag Race / Sprint test, Bike Autoshow Competition juga Live PSK12 Indie Woodstock dan banyak lagi. Walaupun penyertaan pada kali ini telah dikenakan bayaran RM30, namun ianya berbaloi kerana dengan pembayaran tersebut, peserta turut menerima Tag Penyertaan, T-Shirt, Sticker serta makanan.

 

Kelab-kelab skuter GTR juga turut tidak melepaskan peluang bagi menyertai Perhimpunan Skuter Kebangsaan 12 pada kali ini. Pada 29 April 2012, iaitu hari terakhir perhimpunan tersebut, kelab-kelab skuter GTR antaranya Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T)GTR Youth Scooterist Crew (G.Y.S.C, http://www.gysc.webs.com/)dan Knot Of GTR Bikers (K.G.B, http://knotsofgtrbikers.motionforum.net/) telah bersatu untuk mengadakan konvoi ke perhimpunan tersebut. Konvoi bermula dari Restoran Zubaidah, Danau Kota dengan sebanyak 22 jentera GTR bergerak ke Mines MIECC, Seri Kembangan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dari kelab skuter GTR yang telah meluangkan masa menghadiri PSK12.  Adalah diharapkan program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi bagi menyatukan lebih banyak lagi kelab-kelab skuter GTR yang ada di luar sana. 

 

Disediakan oleh, 

Izam Storm - 3 May 2012, 1141 @ MIMOS.

 

 

 




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.