Kalendar Aktiviti

August 2017
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Statistik

1035880
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
1218
657
4004
984586
11271
22176
1035880

IP anda: 54.146.59.207
Tarikh: 17/08/2017
Visitors Counter

Log Masuk

Konvoi Ziarah Ramadhan 2012

Pada 28 Julai 2012 (Sabtu) bersamaan 8 Ramadhan 1433H, Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T) telah menganjurkan Konvoi Ziarah Ramadhan 2012. Seperti tahun-tahun sebelum ini, program ini dianjurkan bertujuan antaranya mengeratkan jalinan ukhuwah sesama para peserta disamping menziarah serta membantu golongan anak yatim dari segi bantuan keperluan bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma. Rumah Pengasih Warga Prihatin(http://prihatin.net.my/v3/) telah terpilih sebagai lokasi konvoi ziarah pada tahun ini. Rumah Pengasih Warga Prihatin ini terletak di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

 

Konvoi pada kali ini disertai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada kelab bermotor antaranya Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T)Knot Of GTR Bikers (K.G.B,http://knotsofgtrbikers.motionforum.net/) dan Setapak Rompongz (http://setapakrompongz.blogspot.com/). Peserta mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan seawal jam 3 petang. Jam 4 petang konvoi mula bergerak ke lokasi ziarah. Dalam perjalanan ke lokasi ziarah, konvoi telah dijemput untuk singgah di Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar. Setibanya di pusat aktiviti tersebut, konvoi disambut oleh YDH Dato' Shahbudin B. Abdul WahabPengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga, Kawasan Rukun Tertangga, Sungai Ramal Luar. YDH Dato' turut mengedarkan bubur lambuk kepada peserta konvoi bagi menjadikan bekalan untuk berbuka puasa. Bubur lambuk dimasak sendiri oleh warga Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar ini turut diedarkan kepada penduduk di sekitar Sungai Ramal Luar.

 

Selesai beramah mesra bersama warga Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar, konvoi bergerak ke lokasi ziarah iaitu di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Setibanya konvoi ke lokasi ziarah, konvoi telah disambut dengan paluan kompang oleh penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak yatim. Melihat wajah kegembiraan adik-adik yang comel di rumah tersebut, perasaan pilu sedih bermain jauh di sudut hati para peserta mengenangkan adik-adik ini tidak merasai kasih sayang ibu dan bapa sejak kecil lagi. Namun kegembiraan adik-adik ini membuktikan keseronokan apabila diziarahi oleh peserta konvoi lebih-lebih lagi pada waktu menjelang perayaan Aidilfitri. Inilah antara lain tujuan program ini iaitu sentiasa membudayakan rasa kasih sayang sesama insan terutamanya kepada insan-insan yang memerlukan.

 

Setelah selesai solat Asar berjemaah, peserta ke ruang utama untuk acara peting iaitu penyerahan sumbangan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin. Antara sumbangan yang diserahkan iaitu barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak dan lain-lain. Turut disumbangkan iaitu baju-baju dan juga wang tunai. Program ziarah diakhiri dengan persembahan marhaban daripada penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin. Selesai program ziarah, konvoi bergerak ke lokasi berbuka puasa yang terletak tidak jauh daripada lokasi ziarah. Lokasi berbuka puasa tahun ini adalah di CT Cafe yang terletak betul-betul di belakang AEON Cheras Selatan (3.033544,101.764956). Pelbagai juadah berbuka puasa dihidangkan antaranya Ayam Masak Lemak Cili Padi, Ikan Tenggiri Berlada dan Dory Fish Sweet n Sour. Konvoi Ziarah Ramadhan 2012 bersurai setelah selesai acara berbuka puasa.

 

Secara keseluruhannya, Konvoi Ziarah Ramadhan 2012 berjaya dianjurkan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan, usaha-usaha seperti ini dapat diadakan setiap tahun agar golongan-golongan yang memerlukan tidak terpinggir namun merasai bersama kemeriahan perayaan Aidilfitri. Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah memberi sumbangan. Mudah-mudahan segala amal yang baik itu akan dihisab oleh Allah SWT.

 

Disediakan oleh,

Izam Storm - 5 Ogos 2012, 1715 @ Cheras

 

 

 




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.