Kalendar Aktiviti

August 2017
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Statistik

1035844
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
1182
657
3968
984586
11235
22176
1035844

IP anda: 54.146.59.207
Tarikh: 17/08/2017
Visitors Counter

Log Masuk

L.O.S.T, K.G.B Dan P.G.S.C Konvoi Ke Bagan Datoh

9 September 2012 bersamaan 22 Syawal 1433H menyaksikan 3 buah kelab pemilik skuter GTR buat julung-julung kalinya berhimpun dalam satu program konvoi ke  Bagan Datoh, Perak. 3 buah kelab yang dimaksudkan adalah Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T-http://www.lostgenuine.com)Knot Of GTR Bikers (K.G.B,http://knotsofgtrbikers.motionforum.net/) dan Perak GTR Scooter Club (P.G.S.C-https://www.facebook.com/PerakGTRScooterClub). Konvoi yang dianjurkan oleh L.O.S.T ini adalah bertujuan bagi merapatkan ukhuwah persahabatan sesama pemilik-pemilik skuter GTR disamping bertukar-tukar fikiran berkaitan jentera masing-masing. Alhamdulillah, program konvoi kali ini telah berjaya mengumpulkan lebih 35 pemilik skuter GTR dan diantaranya juga adalah pemilik skuter GTR sejak tahun 2006 yang dulunya dikenali sebagai skuter CPI-GTR 150 (Ritz).

 

Konvoi ke Bagan Datoh dimulakan dengan peserta dari kelab L.O.S.T dan K.G.B berkumpul di Dataran Shah Alam, Selangor. Setelah selesai sarapan pagi, konvoi mula bergerak ke Bagan Datoh melalui Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Pada masa yang sama, kelab P.G.S.C juga turut memulakan konvoi dari Ipoh, Perak. Konvoi berakhir di Jeti Bagan Datoh, Perak (3.992693,100.785559) iaitu lokasi pertemuan bagi konvoi ini. Alhamdulillah, kesemua peserta konvoi selamat tiba di Jeti Bagan Datoh dan secara kebetulannya serentak tiba bersama konvoi dari kelab P.G.S.C.

 

Jeti Bagan Datoh adalah salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan. Ia adalah tempat yang sesuai untuk beristirehat di Teluk Intan, juga dilengkapi dengan kemudahan tempat makan. Sambil peserta beristirehat kerana keletihan berkonvoi serta menunggu pergerakan konvoi seterusnya, peserta-peserta turut mengambil kesempatan merapatkan ukhuwah persahabatan sesama pemilik GTR. Bukan sahaja sesama pemilik GTR, namun meramah mesra juga dengan penduduk dan pelancong yang sedang memancing serta beriadah di situ.

 

Konvoi seterusnya bergerak ke Kampung Selekoh untuk menikmati makan tengah hari yang telah disediakan. Makan tengah hari ini telah disumbangkan daripada salah seorang ahli kelab L.O.S.T. Memandangkan program konvoi yang diadakan masih dalam suasana hari raya, peserta konvoi turut dihidangkan dengan kuih-kuih raya. Setelah selesai menjamu selera, para peserta tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama-sama agar kenangan manis program konvoi kali ini terus diingati. Sejurus selepas itu, para peserta bersiap sedia untuk berkonvoi pulang. Konvoi mula bergerak pulang dan berpecah di persimpangan Hutang Melintang dimana peserta dari kelab P.G.S.C bergerak pulang ke Ipoh manakala yang lain bergerak pulang ke arah Kuala Lumpur.

 

Secara keseluruhannya, program konvoi kali ini berjaya dianjurkan dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan, usaha murni seperti ini terus diadakan serta mendapat sambutan daripada pemilik-pemilik skuter GTR seluruh Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli dari kelab L.O.S.T, K.G.B dan P.G.S.C yang telah menunjukkan komitmen dalam program konvoi ini.

 

Disediakan oleh,

Izam Storm - 13 September 2012, 1602 @ Ampang

 

 

 

 

 

 




Copyright © 2013 Portal Rasmi L.O.S.T Genuine. All Rights Reserved.